Sila rujuk peta konsep di bawah untuk melihat keseluruhan bab 2 yang akan dipelajari Algoritma ialah satu siri langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau melengkapkan sesuatu tugas.
Oleh itu, algoritma terdiri daripada satu siri prosedur langkah demi langkah yang tersusun untuk menghasilkan output yang diperlukan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.
Struktur kawalan pilihan bersarang terdiri daripada satu struktur kawalan yang terbenam dalam satu struktur kawalan yang lain. Satu struktur kawalan pilihan bersarang berlaku apabila kejadian satu struktur kawalan diikuti dengan kejadian satu struktur kawalan yang lain dengan serta-merta seperti dalam Rajah 2.2.
Dalam satu struktur kawalan pilihan bersarang, struktur kawalan pertama akan menyebabkan struktur kawalan kedua yang terbenam bermula.
Dalam keadaan ini, struktur kawalan kedua akan dilaksanakan sehingga tamat dahulu baharu diikuti dengan perlaksanaan struktur kawalan pertama sehingga tamat.
Rajah 2.3 menunjukkan pseudokod dan Rajah 2.4 menunjukkan carta alir bagi algoritma mencari kek lapis Sarawak
Sila tonton video melalui pautan di bawah untuk pengukuhan isi pembelajaran di atas https://www.youtube.com/watch?v=en8yJsxOjdw Latihan (sila klik) |
Friday, April 17, 2020
M12: 2.1.1(I) STRUKTUR KAWALAN PILIHAN BERSARANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment